Saturday, 9 August 2014

Terkenang 3 kuih raya 'legend'



Masuk 13 Syawal, aktiviti berkunjung masih hangat berlangsung. Sempat singgah Sogo tapi keadaan tak sesibuk hujung minggu biasa. 
  Ini pun dek penangan Aidilfitri masih dirasai ramai yang lebih gemar berkunjung satu sama lain.
  Saya juga sempat beraya rumah ibu saudara, Mak Ngah, Pak Ngah bersama sepupu, abang Jefri sekeluarga di Seksyen 2, Wangsa Maju.
  Dah nama pun raya, bermacam cerita jadi topik sembang termasuk kisah kuih raya tradisi zaman nenek moyang.
  Saya teringatkan agar-agar kering bersama buah 'kanto' (cakap loghat Perak) dihidangkan bersama sirap merah dan kuih 'bako'.
  Memang susah nak jumpa 3 jenis kuih 'legend' ni. Dulu arwah opah sebelah ayah di Kampung Pasir Puteh, Ipoh selalu jamu juadah istimewa ini tapi kini ia hanya tinggal kenangan.
  Apapun hari ini saya masih sempat merasai ketupat hebat ibu mentuaku yang dibekukan dan direbus semula tapi rasanya masih sama seperti hari raya pertama.



  Di kesempatan ini saya ingin ucapkan tahniah kepada sahabat lama zaman ITM ketika sama menuntut Diploma Pentadbiran Awam nama glamor Lini yang selamat bergelar isteri di Kuala Kangsar.
  Selamat pengantin baru Lini. Saya minta maaf tak dapat balas pantun masa Lini datang ke majlis persandingan saya dulu kerana bertugas. Moga bahagia & dimurahkan rezeki sentiasa.

Selamat hari raya Aidilfitri semua! Maaf zahir & batin




  

No comments:

Post a Comment