Siapa hero zaman kanak-kanak anda? Mereka yang membesar dengan kartun Thundercats, He-Man, Gaban, pastinya watak Leonardo, Raphael, Michelangelo & Donatello turut menjadi idola.
Kembali sekuel terbaru, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) kini hangat ditayangkan di pawagam seolah mengembalikan nostalgia peminat cilik yang sama-sama membesar termasuk Datuk F sendiri.
Memang teruja bila terfikir bagaimana rupa penyu mutasi ini bila hidup pada zaman sekarang.
Kali ini, Datuk F kagum dengan kostum penyu begitu realistik dari aspek raut wajah, gigi & bentuk tubuh sasa termasuk aksi ninja!
Memang hebat pembikinan filem Hollywood bukan saja pakar aksi luar biasa dalam aspek adengan lawan & kamera syot tapi olahan penyampaian sekuel terbaru masih mempunyai tarikan pada penonton!
Jika penonton terfikir TMNT sudah tak relevan dijual sehingga terpaksa menggadai tubuh badan Megan Fox sebagai tarikan seksual, persepsi itu sama sekali meleset!
Megan kali ini berjaya mempamerkan sisi lebih sopan menerusi karakter wartawan penyiaran yang tidak patah semangat mencari berita penyiasatan menggemparkan.
Semangat watak April O'Neil boleh memberi inspirasi pada mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang kewartawanan.
Berbalik pada kisah TMNT kali ini, plot masih sama tapi Datuk F sebenarnya lebih teruja menyaksikan aksi pertarungan & cara kemenangan yang mahu diraikan 4 penyu hebat ini.
Bak kata Shredder - "Saya tidak percaya cerita dongeng dan ia hanya mitos" merujuk pada kewujudan TMNT membuktikan New York masih mahukan 4 penyu mutasi sebagai hero mereka!
Diselit elemen komedi kucing bermain piano dengan chopstick & 4 penyu ini membuat muzik spontan dalam lif, pastinya kemunculan awal TMNT ketika berlawan dengan Foot Clan dalam subway membuatkan penonton termasuk Datuk F kagum dengan kehebatan mereka!
Teknik CGI terhadap penyu ini juga membuatkan perasaan Datuk F berdebar apatah lagi adengan mereka di dalam sebuah treler yang hilang kawalan akibat dikejar kuncu Foot Clan sebelum menjunam ke tebing.
Semakin plot menuju klimaks, unsur dramatik semakin menjadi pelaris pada filem ini.
Memang dasyat bila April bersama TMNT berlawan dengan Shredder ketika mereka tergantung atas pencawang yang kemudian jatuh menyembah bumi.
Jangan terkejut bila tgk siapa yang sebenarnya menjadi hero membunuh Shredder!
Filem ini juga dijayakan pelakon hebat seperti William Fichtner dan Whoopi Goldberg masih menghiburkan bersama elemen gembira, sedih dan mesej keluarga yang akrab.
Bagi peminat filem aksi, fiksyen khusus peminat TMNT, filem ini wajib ditonton sebagai menyegarkan memori silam terhadap kisah legend 4 penyu mutasi ini. Datuk F bagi 4 bintang dari 5 bintang! Cowabonga!!!
No comments:
Post a Comment