Sunday, 24 August 2014

Damailah MH17



Tanggal 22 Ogos 2014 menjadi sejarah negara apabila Hari Perkabungan Negara disambut dalam suasana berduka seluruh rakyat negara ini.

Seramai 20 mayat warganegara Malaysia yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pengganas di Ukraine pada 17 Julai lalu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi.

Acara menyambut jenazah MH17 yang di secara langsung menerusi televisyen turut dikongsi orang ramai di lokasi Dataran Merdeka.




Datuk F yang turut bertugas membuat tinjauan di kawasan berkenaan menyaksikan orang ramai bersama turut serta menunjukkan tanda simpati menyaksikan acara berkenaan di skrin besar di situ. 


Datuk F sempat melihat gelagat golongan cacat penglihatan di stesen LRT Masjid Jamek tidak terlepas mengikuti acara sama menerusi radio.


Di lokasi Dataran Merdeka juga, penulis bersama rakan setugas, Rizanizam Abdul Hamid melihat pelbagai reaksi orang ramai antaranya seorang pakcik berusia 70 tahun dari Bandar Kinrara, Puchong (gambar, kiri) sanggup menaiki bas seorang diri untuk ke situ dan berselawat.


Menariknya, seluruh rakyat negara ini bertafakur selama seminit kira-kira jam 11 pagi dan anggota trafik DBKL juga menghentikan lalulintas.


Begitu juga kelibat selebriti kontroversi, Azwan Ali kelihatan dan kakitangan UOB membawa mawar putih hadir menunjukkan tanda simpati dan sokongan pada keluarga mangsa MH17.




Penulis merakam kenangan ketika membuat tinjauan orang ramai pada Hari Perkabungan Negara di Dataran Merdeka bersama rakan setugas, Rizanizam Abdul Hamid. 

Moga mangsa MH17 damai di jannah. Alfatihah.


Tuesday, 12 August 2014

Cowabonga!


Siapa hero zaman kanak-kanak anda? Mereka yang membesar dengan kartun Thundercats, He-Man, Gaban, pastinya watak Leonardo, Raphael, Michelangelo & Donatello turut menjadi idola.
  Kembali sekuel terbaru, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) kini hangat ditayangkan di pawagam seolah mengembalikan nostalgia peminat cilik yang sama-sama membesar termasuk Datuk F sendiri.
  Memang teruja bila terfikir bagaimana rupa penyu mutasi ini bila hidup pada zaman sekarang.
  Kali ini, Datuk F kagum dengan kostum penyu begitu realistik dari aspek raut wajah, gigi & bentuk tubuh sasa termasuk aksi ninja! 


  Memang hebat pembikinan filem Hollywood bukan saja pakar aksi luar biasa dalam aspek adengan lawan & kamera syot tapi olahan penyampaian sekuel terbaru masih mempunyai tarikan pada penonton!
  Jika penonton terfikir TMNT sudah  tak relevan dijual sehingga terpaksa menggadai tubuh badan Megan Fox sebagai tarikan seksual, persepsi itu sama sekali meleset!


  Megan kali ini berjaya mempamerkan sisi lebih sopan menerusi karakter wartawan penyiaran yang tidak patah semangat mencari berita penyiasatan menggemparkan.
  Semangat watak April O'Neil boleh memberi inspirasi pada mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang kewartawanan.
  Berbalik pada kisah TMNT kali ini, plot masih sama tapi Datuk F sebenarnya lebih teruja menyaksikan aksi pertarungan & cara kemenangan yang mahu diraikan 4 penyu hebat ini.
  Bak kata Shredder - "Saya tidak percaya cerita dongeng dan ia hanya mitos" merujuk pada kewujudan TMNT membuktikan New York masih mahukan 4 penyu mutasi sebagai hero mereka!
  Diselit elemen komedi kucing bermain piano dengan chopstick & 4 penyu ini membuat muzik spontan dalam lif, pastinya kemunculan awal TMNT ketika berlawan dengan Foot Clan dalam subway membuatkan penonton termasuk Datuk F kagum dengan kehebatan mereka!


  Teknik CGI terhadap penyu ini juga membuatkan perasaan Datuk F berdebar apatah lagi adengan mereka di dalam sebuah treler yang hilang kawalan akibat dikejar kuncu Foot Clan sebelum menjunam ke tebing.
  Semakin plot menuju klimaks, unsur dramatik semakin menjadi pelaris pada filem ini.
  Memang dasyat bila April bersama TMNT berlawan dengan Shredder ketika mereka tergantung atas pencawang yang kemudian jatuh menyembah bumi.
Jangan terkejut bila tgk siapa yang sebenarnya menjadi hero membunuh Shredder!
  Filem ini juga dijayakan pelakon hebat seperti William Fichtner dan Whoopi Goldberg masih menghiburkan bersama elemen gembira, sedih dan mesej keluarga yang akrab.
  Bagi peminat filem aksi, fiksyen khusus peminat TMNT, filem ini wajib  ditonton sebagai menyegarkan memori silam terhadap kisah legend 4 penyu mutasi ini. Datuk F bagi 4 bintang dari 5 bintang! Cowabonga!!!

Sunday, 10 August 2014

Persetankannya!




Teringat zaman kanak-kanak bila datang ke KL mesti wajib singgah Dayabumi & 7 Eleven. Ada apa?? Sebabnya saya suka makan McChicken & slurpee! 
  Namun, sejak kebelakangan ini McDonalds jadi sepi.
  Ini semua gara-gara isu boikot hangat diperkatakan menyebabkan ramai peminat McDonalds terpaksa berpuasa seketika... tapi sampai bila? 
  Mungkin ada yang beli & makan senyap-senyap takut nanti dicop penyokong zionis.
  Isu boikot atau terus makan burger McDonalds tidak perlu dijadikan isu sehingga mengugat keimanan & memahami nilai kemanusiaan.
  Hakikatnya, ramai muslim bekerja dengan McDonalds mencari rezeki halal.
  Bak kata seorang teman, makanan halal untuk rezeki halal jadi apakah masalahnya jika terus makan McDonalds atau Maggi?



  Pagi tadi, jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia menyatakan isu boikot tiada kesudahan melainkan pemimpin & tentera pergi berjihad berperang di Gaza! 
  Nasib penduduk Palestin memang cukup menyayat hati.
  Sebagai muslim mahupun manusia yang cintakan keamanan, kita bersama terus berdoa agar masyarakat Palestin terus selamat. 
  Jangan kita terlalu beremosi bila sembang isu boikot seperti ini sebaliknya fikirkan sumbangan yang boleh meringankan beban masyarakat Palestin. Allahuakhbar! 

Pix: rindu mi kari 'legend' Medan Kidd 
  

Saturday, 9 August 2014

Terkenang 3 kuih raya 'legend'



Masuk 13 Syawal, aktiviti berkunjung masih hangat berlangsung. Sempat singgah Sogo tapi keadaan tak sesibuk hujung minggu biasa. 
  Ini pun dek penangan Aidilfitri masih dirasai ramai yang lebih gemar berkunjung satu sama lain.
  Saya juga sempat beraya rumah ibu saudara, Mak Ngah, Pak Ngah bersama sepupu, abang Jefri sekeluarga di Seksyen 2, Wangsa Maju.
  Dah nama pun raya, bermacam cerita jadi topik sembang termasuk kisah kuih raya tradisi zaman nenek moyang.
  Saya teringatkan agar-agar kering bersama buah 'kanto' (cakap loghat Perak) dihidangkan bersama sirap merah dan kuih 'bako'.
  Memang susah nak jumpa 3 jenis kuih 'legend' ni. Dulu arwah opah sebelah ayah di Kampung Pasir Puteh, Ipoh selalu jamu juadah istimewa ini tapi kini ia hanya tinggal kenangan.
  Apapun hari ini saya masih sempat merasai ketupat hebat ibu mentuaku yang dibekukan dan direbus semula tapi rasanya masih sama seperti hari raya pertama.



  Di kesempatan ini saya ingin ucapkan tahniah kepada sahabat lama zaman ITM ketika sama menuntut Diploma Pentadbiran Awam nama glamor Lini yang selamat bergelar isteri di Kuala Kangsar.
  Selamat pengantin baru Lini. Saya minta maaf tak dapat balas pantun masa Lini datang ke majlis persandingan saya dulu kerana bertugas. Moga bahagia & dimurahkan rezeki sentiasa.

Selamat hari raya Aidilfitri semua! Maaf zahir & batin