Tuesday, 9 September 2014

Kehebatan seorang bapa...


Bagi penggemar kari,ayam tandori dan roti nan, keenakan masakan India ini sering membangkitkan nafsu untuk menjamahnya. 
  Kehebatan masakan popular ini turut dijadikan subjek penceritaan antara dua budaya di Perancis yang disampaikan menerusi filem hebat, The Hundred Foot Journey.
  Nampak klise bila cerita makanan dibawa ke layar perak tetapi filem lakonan mantap, Helen Mirren, Manish Dayal, Om Puri, Juhi Chawla dan Charlotte Le Bon membawa jiwa penonton tersentuh dengan mesej keluarga, semangat dan perjuangan mengejar impian sebagai tukang masak terhebat yang membawa inovasi dalam masakan.


Saya bukanlah peminat novel terlaris Steve Knight tetapi keinginan menonton filem ini didorong plot cerita dan aura pengarah tersohor, Steven Spielberg, Oprah Winfrey yang bertindak sebagai produser filem ini.
  Pastinya, karya seni orang yang hebat di belakang tabir mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama penonton dan begitulah hasil filem ini yang tidak mengecewakan penonton seperti saya.


Kepuasan menonton filem ini seolah kenyang selepas menikmati roti nan bersama ayam tandori. 
  Jika roti dan ayam dimasak sempurna dengan rempah mengikut masa, rasanya sudah tentu hebat! 
  Lebih sekadar kisah cinta, garapan semangat kekeluargaan khususnya impian seorang bapa sanggup membuka restoran di negara berlainan budaya dan memberi galakkan pada anaknya berjaya sebagai chef membuatkan perasaan penonton lebih terhibur.
  Bagi mereka yang masih tercari semangat yang hilang atau ingin merasai kasih sayang seorang bapa, filem ini sesuai dijadikan inspirasi.

Sunday, 24 August 2014

Damailah MH17



Tanggal 22 Ogos 2014 menjadi sejarah negara apabila Hari Perkabungan Negara disambut dalam suasana berduka seluruh rakyat negara ini.

Seramai 20 mayat warganegara Malaysia yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pengganas di Ukraine pada 17 Julai lalu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi.

Acara menyambut jenazah MH17 yang di secara langsung menerusi televisyen turut dikongsi orang ramai di lokasi Dataran Merdeka.




Datuk F yang turut bertugas membuat tinjauan di kawasan berkenaan menyaksikan orang ramai bersama turut serta menunjukkan tanda simpati menyaksikan acara berkenaan di skrin besar di situ. 


Datuk F sempat melihat gelagat golongan cacat penglihatan di stesen LRT Masjid Jamek tidak terlepas mengikuti acara sama menerusi radio.


Di lokasi Dataran Merdeka juga, penulis bersama rakan setugas, Rizanizam Abdul Hamid melihat pelbagai reaksi orang ramai antaranya seorang pakcik berusia 70 tahun dari Bandar Kinrara, Puchong (gambar, kiri) sanggup menaiki bas seorang diri untuk ke situ dan berselawat.


Menariknya, seluruh rakyat negara ini bertafakur selama seminit kira-kira jam 11 pagi dan anggota trafik DBKL juga menghentikan lalulintas.


Begitu juga kelibat selebriti kontroversi, Azwan Ali kelihatan dan kakitangan UOB membawa mawar putih hadir menunjukkan tanda simpati dan sokongan pada keluarga mangsa MH17.




Penulis merakam kenangan ketika membuat tinjauan orang ramai pada Hari Perkabungan Negara di Dataran Merdeka bersama rakan setugas, Rizanizam Abdul Hamid. 

Moga mangsa MH17 damai di jannah. Alfatihah.


Tuesday, 12 August 2014

Cowabonga!


Siapa hero zaman kanak-kanak anda? Mereka yang membesar dengan kartun Thundercats, He-Man, Gaban, pastinya watak Leonardo, Raphael, Michelangelo & Donatello turut menjadi idola.
  Kembali sekuel terbaru, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) kini hangat ditayangkan di pawagam seolah mengembalikan nostalgia peminat cilik yang sama-sama membesar termasuk Datuk F sendiri.
  Memang teruja bila terfikir bagaimana rupa penyu mutasi ini bila hidup pada zaman sekarang.
  Kali ini, Datuk F kagum dengan kostum penyu begitu realistik dari aspek raut wajah, gigi & bentuk tubuh sasa termasuk aksi ninja! 


  Memang hebat pembikinan filem Hollywood bukan saja pakar aksi luar biasa dalam aspek adengan lawan & kamera syot tapi olahan penyampaian sekuel terbaru masih mempunyai tarikan pada penonton!
  Jika penonton terfikir TMNT sudah  tak relevan dijual sehingga terpaksa menggadai tubuh badan Megan Fox sebagai tarikan seksual, persepsi itu sama sekali meleset!


  Megan kali ini berjaya mempamerkan sisi lebih sopan menerusi karakter wartawan penyiaran yang tidak patah semangat mencari berita penyiasatan menggemparkan.
  Semangat watak April O'Neil boleh memberi inspirasi pada mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang kewartawanan.
  Berbalik pada kisah TMNT kali ini, plot masih sama tapi Datuk F sebenarnya lebih teruja menyaksikan aksi pertarungan & cara kemenangan yang mahu diraikan 4 penyu hebat ini.
  Bak kata Shredder - "Saya tidak percaya cerita dongeng dan ia hanya mitos" merujuk pada kewujudan TMNT membuktikan New York masih mahukan 4 penyu mutasi sebagai hero mereka!
  Diselit elemen komedi kucing bermain piano dengan chopstick & 4 penyu ini membuat muzik spontan dalam lif, pastinya kemunculan awal TMNT ketika berlawan dengan Foot Clan dalam subway membuatkan penonton termasuk Datuk F kagum dengan kehebatan mereka!


  Teknik CGI terhadap penyu ini juga membuatkan perasaan Datuk F berdebar apatah lagi adengan mereka di dalam sebuah treler yang hilang kawalan akibat dikejar kuncu Foot Clan sebelum menjunam ke tebing.
  Semakin plot menuju klimaks, unsur dramatik semakin menjadi pelaris pada filem ini.
  Memang dasyat bila April bersama TMNT berlawan dengan Shredder ketika mereka tergantung atas pencawang yang kemudian jatuh menyembah bumi.
Jangan terkejut bila tgk siapa yang sebenarnya menjadi hero membunuh Shredder!
  Filem ini juga dijayakan pelakon hebat seperti William Fichtner dan Whoopi Goldberg masih menghiburkan bersama elemen gembira, sedih dan mesej keluarga yang akrab.
  Bagi peminat filem aksi, fiksyen khusus peminat TMNT, filem ini wajib  ditonton sebagai menyegarkan memori silam terhadap kisah legend 4 penyu mutasi ini. Datuk F bagi 4 bintang dari 5 bintang! Cowabonga!!!

Sunday, 10 August 2014

Persetankannya!




Teringat zaman kanak-kanak bila datang ke KL mesti wajib singgah Dayabumi & 7 Eleven. Ada apa?? Sebabnya saya suka makan McChicken & slurpee! 
  Namun, sejak kebelakangan ini McDonalds jadi sepi.
  Ini semua gara-gara isu boikot hangat diperkatakan menyebabkan ramai peminat McDonalds terpaksa berpuasa seketika... tapi sampai bila? 
  Mungkin ada yang beli & makan senyap-senyap takut nanti dicop penyokong zionis.
  Isu boikot atau terus makan burger McDonalds tidak perlu dijadikan isu sehingga mengugat keimanan & memahami nilai kemanusiaan.
  Hakikatnya, ramai muslim bekerja dengan McDonalds mencari rezeki halal.
  Bak kata seorang teman, makanan halal untuk rezeki halal jadi apakah masalahnya jika terus makan McDonalds atau Maggi?



  Pagi tadi, jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia menyatakan isu boikot tiada kesudahan melainkan pemimpin & tentera pergi berjihad berperang di Gaza! 
  Nasib penduduk Palestin memang cukup menyayat hati.
  Sebagai muslim mahupun manusia yang cintakan keamanan, kita bersama terus berdoa agar masyarakat Palestin terus selamat. 
  Jangan kita terlalu beremosi bila sembang isu boikot seperti ini sebaliknya fikirkan sumbangan yang boleh meringankan beban masyarakat Palestin. Allahuakhbar! 

Pix: rindu mi kari 'legend' Medan Kidd 
  

Saturday, 9 August 2014

Terkenang 3 kuih raya 'legend'



Masuk 13 Syawal, aktiviti berkunjung masih hangat berlangsung. Sempat singgah Sogo tapi keadaan tak sesibuk hujung minggu biasa. 
  Ini pun dek penangan Aidilfitri masih dirasai ramai yang lebih gemar berkunjung satu sama lain.
  Saya juga sempat beraya rumah ibu saudara, Mak Ngah, Pak Ngah bersama sepupu, abang Jefri sekeluarga di Seksyen 2, Wangsa Maju.
  Dah nama pun raya, bermacam cerita jadi topik sembang termasuk kisah kuih raya tradisi zaman nenek moyang.
  Saya teringatkan agar-agar kering bersama buah 'kanto' (cakap loghat Perak) dihidangkan bersama sirap merah dan kuih 'bako'.
  Memang susah nak jumpa 3 jenis kuih 'legend' ni. Dulu arwah opah sebelah ayah di Kampung Pasir Puteh, Ipoh selalu jamu juadah istimewa ini tapi kini ia hanya tinggal kenangan.
  Apapun hari ini saya masih sempat merasai ketupat hebat ibu mentuaku yang dibekukan dan direbus semula tapi rasanya masih sama seperti hari raya pertama.



  Di kesempatan ini saya ingin ucapkan tahniah kepada sahabat lama zaman ITM ketika sama menuntut Diploma Pentadbiran Awam nama glamor Lini yang selamat bergelar isteri di Kuala Kangsar.
  Selamat pengantin baru Lini. Saya minta maaf tak dapat balas pantun masa Lini datang ke majlis persandingan saya dulu kerana bertugas. Moga bahagia & dimurahkan rezeki sentiasa.

Selamat hari raya Aidilfitri semua! Maaf zahir & batin




  

Monday, 7 April 2014

Bunga api cinta Disneyland

Jika pilih destinasi menarik untuk anak, Disneyland Hong Kong (HK) menjadi pilihan terbaik.
  Pertama kali ke sana bukan masalah untuk sesat. Pengangkutan keretapi MTR begitu efisien dan mudah dari bandar menghubungkan 4 pulau sekitar HK terus ke Disneyland.
  Tiket masuk RM268 untuk dewasa manakala kanak-kanak iaitu RM235 boleh dikira berbaloi kerana banyak aktivii  dan cukup luas untuk dilawati dalam masa sehari.
 Saya bersama isteri dan 2 anak puas hati bercuti 5 hari 4 malam ke sana pada 1 sehingga 5 April 2014. Kami pilih percutian free & easy (FIT) yang lebih murah dan menyenangkan jadual perjalanan.
  Menariknya, di sini ada Baby Centre untuk dapatkan air panas buat susu anak atau tukar lampin. Sebelum balik jangan lupa tengok persembahan bunga api setiap jam 8 malam. Memang best!!!

 
1. Dipintu masuk Disneyland HK.


2. Monumen kedua yang menyambut kedatangan pengunjung.


3. Kalau nak ambil foto dengan maskot Buzz The Lightyear kena beratur panjang sama mcm Mickey Mouse. 


4. Ada beberapa bot yang sesuai dinaiki ibu bapa bersama anak-anak untuk menikmati hiburan di Disneyland.