Hari ini masuk hari kelima anak kedua saya melihat dunia.
Memang tak sangka dapat anak perempuan kerana dalam keluarga saya ada tiga cucu lelaki termasuk Eldanial.
Baby kedua diberi nama timangan Elise sejak dalam kandungan mummy memang sangat comel. Elise lahir jam 5.14 petang secara normal di Hospital Pakar Al Islam Kg Baru pada 14 Mei 2012.
Sebelum bersalin, mummy mengerang sakit jam 4.30 petang selepas nurse pecahkan air ketumban. Walaupun nurse bagi ubat tahan sakit tapi mummg tetap sakit sehingga Elise lahir 45 minit selepas itu.
Memang anugerah Tuhan yang menentukan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Elise sekarang berpeluang mendapat susu ibu dan kerana rezeki anak kedua ini juga urusan pembelian rumah dan kereta baru selesai.
Syukur tidak terkata. Semoga Elise menjadi anak soleh dan budak pintar sehingga berjaya dalam hidup. Amin.
No comments:
Post a Comment