Hebat tak dialog tu? Itu adalah antara dialog watak Mayor atau Datuk Bandar yang saya lakonkan dalam filem animasi alih suara Bahasa Malaysia (BM), Madagascar 3: Europe's Most Wanted.
Semalam (15/5/2013) saya selesai buat proses 'dubbing' filem ini di Astro.Seperti pengalaman pertama ketika menjayakan filem The Smurfs tahun lalu, perasaan kali ini turut mengujakan.
Menariknya, filem untuk saluran HBO di Astro ini akan ditayangkan pada 8 Ogos nanti sempena Hari Raya Aidilfitri.
Ramai artis terbabit sama termasuk Hafiz AF, Fahrin Ahmad, Didie Alias, Zahid (Era FM) termasuk penyanyi Taufik Batisah dan Najib Ali dari Singapura dan artis Brunei. Filem ini akan ditayangkan serentak di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
Barisan artis juga akan terbabit menjayakan program CSR pada Ramadan nanti.
Kepada semua penonton Astro khusus HBO dan animasi, jangan lupa saksikan filem animasi versi BM, Madagascar 3: Europe's Most Wanted pada 8 Ogos nanti jam 8 malam hanya di HBO dan HBO HD.