"Wah, 'best'nye!," perkara spontan terlintas di fikiran aku ketika Wan Shades bagitau dia berpeluang ke Perth, Australia hampir 2 minggu terbabit penggambaran drama 13 episod, Atas Nama Cinta.
Apa yang tarik perhatian aku, dia dah 5 tahun tak berlakon. Tapi tanpa diduga Zeel Production bagi tawaran berlakon pada dia bawa watak pensyarah politik, Profesor Sulaiman.
Wan nampak ceria bila cerita dia buat 'comeback' berlakon. Kata hati aku, tak kisahlah watak apa sekalipun asalkan dapat menyelam sambil minum air ke luar negara yang sudah tentu beri banyak pengalaman baru yang sukar dinikmati pelakon lain.
Bagi pelakon pembantu, peluang berlakon ke luar negara suatu yang jarang diperoleh. Lain cerita kalau pelakon itu ada kabel baik punya untuk lobi diri sendiri.
Tapi Wan nampaknya Tuhan buka pintu rezeki pada dia untuk aktif berlakon semula. Menariknya, Wan beritahu ada tawaran lain muncul selepas drama itu.
Itulah rezeki namanya. Moral yang dapat dikongsi, jangan pandang rendah pada pelakon pembantu. Kita tak tahu rezeki masing-masing yang Tuhan tentukan.
Ketika aku tulis cerita ini atas katil sambil lampu bilik padam, aku teringat 1 insiden ketika aku bertemu dengan Yana Samsudin bersama Shaheizy Sam di 1 taman tema di Seoul, Korea.
Jangan salah faham pulak ye... Diorang bukan dating tapi terbabit dalam 1 penggambaran drama. Itulah rezeki namanya. Siapa sangka dalam ramai pelakon sedia ada, bila ada produksi bagi tawaran maknanya ia adalah peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan.
Apapun, aku tumpang bangga dengan rakan-rakan artis yang kecapi kejayaan dalam bidang mereka ceburi. Sekadar tatapan gambar kenangan aku di Seoul ketika bersama rombongan staf Harian Metro pada Mac 2011. Ok jumpa lagi...